PAS Bayan Baru
PAS Bayan Baru

@pasbayanbaru

13 Tweets 54 reads Nov 21, 2022
Dari Economist ke Setiausaha Politik Presiden.
Baru berusia 39 tahun namun sudah menjadi fenomena dan contoh buat ramai anak muda. Itulah Syahir Sulaiman.
Mungkin ramai yang kenal Syahir kerana kehebatan dan ketenangan beliau menerangkan tentang ekonomi secara mudah dalam ML Studio.
Pengalaman pendidikan dan kerjaya beliau sering menjadi cakap-cakap.
Tapi siapa sebenarnya Syahir Sulaiman? Bagaimana anak muda profesional ini boleh menjadi Setiausaha Politik kepada seorang ulama dan figura utama dalam PAS?
Sebenarnya, perjalanan karier Syahir telah bergerak seiring dengan khidmat beliau kepada jemaah.
Selepas bergraduat, Syahir Sulaiman telah berhijrah ke Miri untuk berkhidmat di bahagian Finance Sarawak Shell Berhad pada tahun 2006.
Di Miri, Syahir bukan sahaja bekerja tetapi turut menggerakkan jamaah.
Pada ketika itu PAS masih lagi tiada di Miri, bahkan orang masih fobia terhadap PAS. Sehinggakan ada yang menyebut, “Rugi belajar tinggi-tinggi tapi ikut pembangkang dan masuk PAS!”
Pada masa tersebut, ramai graduan dan profesional muda mula menggerakkan program usrah umum dan majlis-majlis ilmu bersama masyarakat melalui NGO, persatuan dan masjid-surau.
Selepas 2 tahun berkhidmat di Miri, Syahir kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk berkhidmat bersama Sime Darby Berhad dan Sime Darby Property.
Pulang ke Semenanjung, Syahir telah menjadi Ketua PAS Cawangan Bandar Tun Hussein Onn sejak 2011.
Tahun 2017, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang.
Dalam waktu yang sama, beliau menjadi Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan...
...Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat sejak Januari 2020.
Maaf jika ada yang ternganga dengan maklumat-maklumat ini. Namun, demikianlah parti lebai ini, diisi oleh orang-orang hebat yang merendah diri.
Dalam DPPM, Syahirnomic dikenali sebagai seorang yang cool namun berpandangan jauh serta pemikir bab ekonomi.
Pelantikan Syahir sebagai Setiausaha Politik TG Presiden berkuat-kuasa 15 Julai 2018 yang mengambil kira hari terakhir beliau di Sime Darby.
Syahir yang ketika itu berusia 35 tahun menggantikan YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
Kini, telah lebih 4 tahun Syahir mendampingi Tuan Guru.
Hampir separuh usianya telah diisi dengan perjuangan mencari ilmu dan perjuangan bersama jemaah. Besar harapan kami semoga kehebatan anak muda ini dapat dimanfaatkan pula kepada negara.
Syahir adalah salah satu mutiara yang ada dalam PAS dan insya-Allah ramai lagi anak muda yang sedang dibina untuk mewarisi kepimpinan Malaysia akan datang.
Undilah Perikatan Nasional: Prihatin, Bersih dan Stabil.
#PrihatiN
#BersihdanStabil
#PNBEST
#PASBayanBaru

Loading suggestions...