PAS Pusat
PAS Pusat

@PASPusat

11 Tweets Dec 13, 2023
PMX MASIH MENTERI KEWANGAN
Rombakan kabinet setahun kerajaan Madani ternyata masih menghampakan.
Ini kerana isu terpenting yang menjadi masalah negara dalam setahun ini adalah isu ekonomi, kos sara hidup, nilai ringgit dan harga barang.
1/11
Malangnya 2 kementerian yang melibatkan ekonomi dan kewangan negara ini tidak menerima menteri baharu.
Rombakan kabinet kali ini sepatutnya menyaksikan sekurang-kuranganya satu langkah reformasi yang sepatutnya ditunaikan PMX.
2/11
Dalam temu bual setahun kerajaan Madani bersama PMX, disebutkan alasan mengapa langkah reformasi institusi belum dibuat adalah kerana kerajaan memerlukan kesediaan rakyat.
3/11
Contoh yang diberi pelaksanaan ICERD yang katanya telah dimanipulasikan faktanya oleh pembangkang ketika PH memerintah sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.
Namun itu bukan reformasi institusi yang rakyat mahu.
4/11
PMX sejak dulu memperjuangkan Perdana Menteri tidak boleh dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Kerajaan Madani tidak perlu menunggu rakyat bersedia untuk langkah ini. Rakyat bahkan ternanti-nantikan reformasi ini benar-benar berlaku.
5/11
Posisi itu patut diisi oleh seseorang yang lebih kompeten seiring dengan masalah kewangan negara yang belum nampak baik pulihnya dalam tempoh setahun ini.
6/11
PMX jika benar telus merombak kabinet demi negara, sekurang-kurangnya buktikan beliau mampu melucutkan diri daripada jawatan Menteri Kewangan sebagai yang terutama.
7/11
Dulu, ketika Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan barisan kabinet beliau, PMX sebagai Ketua pembangkang ketika itu respon pengumumaman itu sebagai menghampakan.
Hari ini, rombakan yang dibuat PMX juga layak digelar menghampakan.
Dahulu PMX mengucapkan,
8/11
β€œKami sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau dan menyuarakan dan membantah sekiranya tidak ada program pelaksanaan yang lebih mantap dan berkesan untuk kehidupan rakyat,”
9/11
Maka hari ini PN sebagai pembangkang perlu terus memegang nasihat PMX sebagai pembangkang suatu ketika dulu.
Pembangkang mesti lantang memantau.
Pembangkang mesti suarakan bantahan.
10/11
PMX tidak blh sesekali mengabaikan tuntutan & peranan yg dimainkan PN hari ini kerana itu tugas pembangkang yg dipersetujui beliau.
Buktikan rombakan kabinet ini bkn kerana pergolakan politik dalaman, tapi benar-benar utk negara.
Kamil Arif Baihagi
Pengerusi SiswaPAS Malaysia

Loading suggestions...